Free Shipping for Order over RM180 (Peninsular Malaysia only)
search

Sejarah Kompleks Pekan Rabu Alor Setar, Di Sini KASSYAF EXCLUSIVE Bermula

Sejarah Kompleks Pekan Rabu Alor Setar, Di Sini KASSYAF EXCLUSIVE Bermula

Sebut sahaja negeri Kedah, siapa yang tidak kenal dengan Kompleks Pekan Rabu Alor Setar. Kompleks yang tersergam memberi seribu satu punca rezeki bagi para peniaga Melayu yang sudah bertapak dari satu generasi ke generasi yang lain. Artikel kali ini, mari kita telusuri sejarahnya secara mendalam dan bagaimana perniagaan KASSYAF bermula dalam dunia perniagaan di sini.

Pengasas oleh seorang Putera Diraja Kedah

photo 2510 11-0-19

Pastinya, tidak ramai yang tahu sejarah Kompleks Pekan Rabu Alor Setar yang sebenarnya diasaskan oleh seorang putera Diraja Kedah, Tunku Yaakob Abdul Hamid Halim Shah. Berdirinya, bangunan penuh megah ini adalah untuk memberi peluang dan ruang yang besar kepada semua orang Melayu dalam bidang perniagaan sekaligus menaikan taraf ekonomi mereka.

Lokasi kompleks yang strategik

UTU_PEKAN-RABU014

Pertama kali bertapak di Tanjung Chali, bangunan tersebut kemudiannya terpaksa dipindahkan ke sebuah tapak baru Pejabat Kastam. Secara tepatnya ia terletak di Jalan Tunku Ibrahim dan ia kekal sehingga hari ini.

Terdiri daripada bangunan empat tingkat, kompleks yang berkeluasan 9,344 meter persegi ini juga mempunyai insfrastruktur terbaik dengan 355 ruang niaga, 24 buah kedai makan, 203 unit ruang parker kereta, dan 118 parkir motosikal bagi memudahkan peniaga serta pengunjung yang datang ke sana. 

Et9ePTbVEAA6_rW

Di samping itu bagi mengekalkan kelesaan yang berpanjangan, banyak kemudahan asas lain yang turut berfungsi termasuklah lif, surau untuk pengunjung Muslim mengerjakan solat, tandas, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), dan sebagainya.

Daya tarikan membuka mata ramai pelancong

“One stop center beli-belah di tengah bandar Alor Setar” tidak terlalu berlebihan jika kompleks ini digelar sebegitu rupa oleh kerana kemeriahannya yang tidak mampu ditafsir oleh akal. Lebih-lebih lagi, setiap kali ia dikunjungi oleh segenap pelosok masyarakat sama ada dari dalam atau luar negara ketika menjelangnya musim perayaan, cuti umum dan cuti mingguan.

photo_2022-09-20 11.41.23

Kompleks Pekan Rabu menyediakan tarikan dari pelbagai jenis jualan bermula dari industri makanan sehinggalah ke industri seni, dan pakaian. Antara yang popular adalah sudah tentu juadah makanan, kuih-muih tradisi, pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, songket, kraftangan dari air tangan pereka tempatan, bahan bacaan, dan produk eksklusif dari industrI kecil dan sederhana (IKS).

Apa yang pasti, mata pengunjung akan rambang melihat ke sana ke mari, duit poket pula habis kering kerana membeli itu dan ini. Tidak kira wanita atau lelaki, masing-masing bagaikan “disihir” dengan magik harga yang murah dan keramahan penjual yang tidak lokek senyuman di bibir. Tawar menawar berlaku dengan begitu mudah dan telus. 

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan

Kata orang keaslian sesuatu produk mampu memberi hubungan spesial kepada si pemakai atau penggunanya. Begitulah kekuatan nilai sentimental yang terdapat pada Pekan Rabu Alor Setar. Kesetiaan pelanggan mereka tidak boleh dipandang sebelah mata apatah lagi kebanyakkan perniagaan di sana merupakan perniagaan turun temurun dari pelbagai generasi.

Siapa sangka antara peniaga yang mempunyai nama besar di negara hari ini adalah bekas Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri. 

UTU_PEKAN-TUN

Jika dulu Tun menjadi peniaga, kini beliau tidak terkecuali menjadi sebahagian daripada pembeli dan pengunjung hampir setiap bulanan beliau ke Komplek Pekan Rabu dek kerana masih tebal rasa kekaguman kepada nilai estetika seni yang dipamerkan sejak nenek moyang lagi. 

Produk-produk keluaran KASSYAF yang terkenal sebagai perniagaan pakaian Muslim yang mula turut dikenali di sana turut, menjadi tarikan istimewa ramai tokoh terhormat dan individu ternama seperti YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Datuk Che Murad Sayang Bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR) serta pelbagai lagi tokoh terhormat di Malaysia yang pernah menjadi pelanggan mereka. KASSYAF melayani permintaan mereka yang mahu mendapatkan set lengkap baju Melayu dan kurta yang selesa dengan pelbagai jenis material kain yang berbeza, variasi jenis "design" terkini, menggunakan material kain yang berkualiti tinggi, namun dengan harga yang sangat berpatutan!

photo_2022-09-20 11.41.57

Bagi produk kain samping pula, mereka mempelbagaikan jenis samping tersebut. Mereka mempunyai dua jenis seperti samping mesin (import) dan samping tenun yang halus buatan tangan (dari India serta dari orang tempatan Terengganu) seperti samping Sutera dan lain-lain. Daripada itu, mereka mempunyai kepelbagaian harga mengikut kualiti, jenis material, cara buatan dan corak/motif padanya. Samping-samping yang dijual di KASSYAF sangat menarik dan cantik serta mereka sentiasa mengikut corak samping "trend" pada masa kini.

5

Perniagaan turun-temurun yang sudah bertapak sejak tahun 1980 ini dibangunkan oleh anak pengasas setelah ayah kesayangannya kembali ke Rahmatullah pada 1 Jun 2021 iaitu Haji Mohd Sallehuddin Bin Haji Sulaiman / Solah Pekan Rabu. Bagi anak-anak peniaga di Komplek Pekan Rabu kebiasaanya sebahagian dari mereka membesar dan menyambung legasi keluarga mereka begitulah dengan perniagaan KASSYAF ini. Dengan kemahiran dan kepakaran KASSYAF, mereka mula mempromosikan jenama dan produk mereka di dalam "online platform" sosial media pada masa kini seperti di Facebook, Instagram, TikTok dan juga mempunyai website rasmi sendiri. KASSYAF sentiasa komited dan bersungguh-sungguh dalam menghasilkan pakaian tradisi, demi memberi kepuasan kepada pelanggan adalah kunci kepada kejayaan KASSYAF EXCLUSIVE.

Tagline KASSYAF kepada pelanggan mereka "GOOGLE JA KASSYAF! PASTI JUMPA KAMI"

Apa-apa pun, sejarah Kompleks Pekan Rabu Alor Setar ini menyimpan kenangan manis, suka dan duka kepada ramai orang. Sudah tentu lokasinya yang strategik itu juga adalah salah satu ciri penting dalam mewujudkan kejayaan kepada sebuah empayar perniagaan seperti KASSYAF.


Your cart is currently empty.
Continue shopping